Isnin, 7 November 2011

MA'AHAD TAHFIZ AL MUQRI PUCHONG

          Pernah x anda  suma terfikir untuk melaburkan sesuatu kedalam suatu PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN  dlm seumur hidup anda? jawapannya ada di sini....iaitu saham yang paling berharga dunia dan akhirat....dengan menghantar anak anak menimba ilmu ukhrawi di mana2 maahad tahfiz @ pondok.....

ANDA INGIN MENGHANTAR ANAK MENUNTUT ILMU DI MAAHAD TAHFIZ ?


TAPI X TAHU KT MANE......

Dibawah ini ada jawapannye.....




                                               
                                                      MAAHAD TAHFIZ AL-MUQRI

         adalah salah sebuah sekolah yang terletak di Batu 13 Puchong,Selangor.Maahad Tahfiz Al-Muqri ini telah dibina lebih dari 10 tahun.

Antara perkara menarik yang menyebabkan anda menghantar anak anda disini diantaranya adalah:

1)Silibus yang di ajarkan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu aliran tahfiz dan membaca kitab .
2)Guru-guru yang berpengalaman.
3)Kemudahan asrama
4)Yuran yang berpatutan
5)Dan lain -lain lagi



Musallah Maahad Tahfiz Al-Muqri




Mari-mari semua sama melabur saham akhirat.....





                              program yang dijalankan Maahad Tahfiz Al-Muqri ketika cuti sekolah





Suasana belajar didalam kelas

Jangan tunggu lagi.......marilah sama2 berkorban harta dan masa untuk sesuatu yang boleh membantu kita kelak....kerana setiap apa yang kita ingin kita lakukan,kita perlukan seseorang yang berpengetahuan ilmu ukhrawi  x kira apa yang kita ingin lahirkan dan impikan....jika kita impikan anak kita menjadi seorang doktor....biarlah doktor itu boleh mengimamkan solat,boleh menguruskan jenazah kita hingga ke liang lahad,boleh membaca doa bila kita mengadakan kenduri,boleh mengamalkan amar maaruf nahi mungkar....keputusan ada dihujung jari anda...anda timbang2kan,dan fikir2kan....

Jika anda berminat  dan inginkan keterangan lanjut,bolehlah menghubungi:
                  USTAZ SHAARI                      016 2932463  
                                                        USTAZ DARUZAMAN           012 2645342
                                                        EN. MOHD ROZI                    012 3803814
atau datang sendiri di alamat :

LOT 12, KAMPUNG SUNGAI BARU,
BATU 13 JALAN KLANG,
47100 PUCHONG SELANGOR


     

Isnin, 17 Oktober 2011

HITAM PUTIH KEHIDUPAN......

DaMbAaN KaSiH

         Tidak lama lagi hari genap 10thn ulangtahun perkahwinan saya bersama suami tercinta......emmmm...sekejapnya masa berlalu...sapa sangka lelaki yg didambakan secara diam2 akhirnya menjadi  kenyataan sebagai pasangan hidup .....walaupun berpisah bertahun2....


       Kadang2 tersenyum sendiri dibuatnya.....hehehehee....best sangat....dipertemukan jodoh bersama mr suami....semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kami hingga ke syurga....dan memberi nikmat kesihatan,kelapangan rezeki dan anak2 yang soleh dan solehah....aminnnn....

      oKlah...setakat ini sahaja catatan utk hari ini.....saya nak meneruskan exam tuk anak2 kecil nie....nanti sambung laGi ....hehehehehehehe


HAPPY 10TH ANNIVERSARY





Isnin, 1 Ogos 2011

HAID -- WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

http://u-jam.blogspot.com/2010/08/haid-wajib-dibaca-kepada-sesiapa-yang.html
 Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, August 15, 2010 | Category: Nisa' |




WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

 Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

 Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??


Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

 Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

 "alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

 Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

 Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

 Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:


Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.


"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :


1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.


- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.


-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)


-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.




Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

( AMIRUL AMIN )

secebis ingatan tentang puasa ramadhan almubarak....

            Tahun sudah berganti...kembali sudah ramadhan pada tahun ini  bersamaan 1 .08.2011...korang suma dah ganti posa ke?kt sini ana cuma ingin memberi sedikit tazkirah berkaitan puasa sebagai peringatan kepada ana ,keluarga ,dan kengkawan yg sudi menyinggahkan mata korang melewati blog nie...mai kita flash back balik ...mungkin kita dah banyak terlupa almaklum jelah...dah setahun meninggalkannya...
           Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari dulu,menghiasi ramadhan ini dgn lebih banyak ibadah dan sedekah,menginsafi kekhilafan yg telah banyak mencemar hati dan pekerti kita sebagai seorang muslim....moh! kita jernihkan semula....mane2 lah tahukan....kalau ramadhan ini ramadhan yg terakhir utk kita...betul x?

Sedikit tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus

Sabtu, 16 Julai 2011

ATURAN MAKAN MAB

1. Mula makan botol pertama pada hari ke 3, 4 atau 5 period.
2. Makan 1 biji sahaja sekali/sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya, tanpa menunggu period.
i) Kes makan malam. Jika habis makan malam Ahad, sambung botol kedua pada malam Ahad depan.
ii) Kes makan pagi. Jika habis makan pagi Ahad, sambung botol kedua pada pagi Ahad depan.
3. Bagi yang tidak didatangi darah haid, boleh terus mula makan botol pertama tanpa menunggu period.

4. Bagi yang lepas pantang, mula makan botol pertama pada hari ke 44 selepas bersalin

5. Bagi yang ambil pil perancang, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh dimakan bersama pil.

6. Bagi yang merancang menggunakan IUD:
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.

7. Bagi yang merancang mengguna injection:
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3, 4, atau 5.
ii) Bagi yang tidak period dapat MAB dan terus mula makan.


8. Kes lupa makan:
i) Makan Waktu Malam. Lupa makan malam, pagi besoknya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa juga paginya, malam perlu ambil 2 biji sekali.
ii) Makan Waktu Pagi. Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa malamnya, pagi besok perlu ambil 2 biji sekali.

9. Dalam kes untuk mendapatkan anak, MAB perlu diambil selama 6 bulan (6 botol). 3 bulan pertama MAB akan bertindak untuk merawat. 3 bulan yang kedua MAB akan bertindak untuk menyubur. Setelah 6 bulan, period mula teratur dan boleh berhenti mengambil MAB. Jika selama 6 bulan, period masih tidak teratur, teruskan mengambil MAB sehingga period teratur.
Peringatan 

Untuk yang mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam. Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.

Jika sedang makan MAB didatangi period, tidak perlu berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.

Jika anda mematuhi aturan makan MAB insyaalah dapat membantu sebagai kaedah merancang keluarga anda. Selamat Mencuba dan Terima KasiH

Mari2...cuba dulu ...berbaloi- baloi dengan harganya rm 18.00...

jom..try..:)

Ahad, 10 Julai 2011

MAAJUN ANGGUN BESTARI

Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.

Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose (pelbagai tujuan) dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.

MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul.

MAB boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua.
MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi orang Islam.

Kandungan

- Kacip Fatimah
- Serapat
- Senduduk
- Habbatus Sauda/Jintan Hitam
- Inai
- Manjakani
- Madu


Khasiat

- Merancang keluarga
- Merawat keputihan
- Memelihara peranakan
- Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
- Teraturkan period
- Awet muda
- Mencantikkan kulit
- Menegang Payu Dara
- Melancar peredaran darah
- Menambah tenaga
- Mengawal kolesterol dalam darah
- Mengawal berat badan
- Melawas buang air besar


Sabtu, 9 Julai 2011

Salam Perkenalan.......

           Ahlan wa sahlan ....untuk diriku dan anda semua....ini adalah  percubaan kali pertama yang aku rasakan agak berjaya.....hehehehe...walaupun kelakar aku rasakan..Tapi.. setiap manusia perlu mengakui dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada dirinya.....betul x?  sebab usaha itu tangga kejayaan....
          
          Emmm...salam perkenalan dariku untuk anda semua yang sudi meluangkan mata  anda untuk menatapi sedikit sebanyak corat coret  yang di bingkiskan.....semoga kita semua sentiasa tergolong di dalam golongan yang berilmu dan beriman.....AMIN